Social Icons

Sunday 18 January 2015

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 BERSAMA AL FATEH GROUP

17 Januari 2015, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menjemput Al-Fateh Group untuk memberi motivasi kepada semua tahun 6 bagi sesi 2015. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari di Dewan sekolah Kebangsaan Gong Badak. Program ini telah dikendalikan oleh pihak Al Fateh Group dengan pelbagai aktiviti seperti Tazkirah Keagamaan, Solat Dhuha, dan sebagainya.
Seramai 131 orang murid dan guru\guru  tahun 6 telah menghadiri program ini.

Antara objektif program ini dijalankan ialah:
1. Memberi kesedaran motivasi di awal persekolahan
2. Menerapkan unsur-unsur keagamaan dalam diri murid tahun 6
3. Persediaan psikologi kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan semua murid mendapat ilmu pengetahuan sepanjang program dijalankan.

Penceramah dari Al Fateh Group

Semua murid tahun 6 mendengar ceramah yang telah disampaikan

Murid menikmati sarapan pagi