Social Icons

Friday 23 January 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

21 Januari 2015, Rabu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2015 yang bertempat di dewan sekolah.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Basir bin Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus. Majlis ini juga turut dihadiri oleh En.Ghazali bin Mohamad, Pegawai Perhubungan  SK Gong Badak, En Suhaimi bin Mohd mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan juga En Mahamad Asim bin Salleh yang mewakili YDP PIBG SK Gong Badak.
Majlis bermula pada jam 2.45 petang dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu Pn Nor Ulfah binti Muda, Guru bimbingan dan Kaunseling. Seterusnya, Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pn.Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan ucapan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Basir bin Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Parlimen Daerah Kuala Nerus.
Seterusnya, majlis penyampaian bantuan telah berlangsung bagi murid tahun 4, 5 dan 6 yang telah disampaikan oleh Dato' Haji Basir bin Haji Ismail. Manakala murid tahun 1,2 dan 3 menyampai bantuan tersebut di kantin sekolah bersama guru kelas masing-masing.
Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dan berjalan dengan lancar.


Pendaftaran ibubapa tahap 1


Pendaftaran Tahap 2

Pengerusi Majlis Pn.Nor Ulfah binti Muda
Para tetamu jemputan dan ibubapa

Ucapan oleh Puan Guru Besar

Ucapan Ybhg Dato' Haji Basir bin Haji Ismail

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan

Ibubapa tahap 2 menerima bantuan