Social Icons

Sunday 23 February 2014

KEM BESTARI SOLAT 1/2014

Pihak sekolah telah menjalankan Kem Bestari Solat kali pertama untuk tahun ini dengan jayanya. ia telah diadakan untuk tahap 1 pada 7 Februari 2014, manakala untuk tahap 2 pada 8 Februari 2014.
Kem Bestari Solat bagi tahap 1 bermula pada jam pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Ia dimulai dengan taklimat pembahagian kumpulan, kemudian kem diteruskan dengan LDK tentang pengenalan anggota wudhu dan niat wudhu dan amali. Kem ini diakhiri dengan amali dan perlakuan solat di surau secara beramai-ramai.
Manakala Kem Bestari Solat tahap 2 pula telah diadakan pada 8 februari 2014 dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.dimana dimulai dengan taklimat pembahagian kumpulan dan LDK 1 yang berkaitan dengan niat solat berjemaah dan LDK 2 yang berkaitan dengan bacaan surah fatihah, tahiyat awal, tahiyat akhir, amali dan perlakuan solat berjemaah. Murid-murid juga diberi lembaran kerja yang berkaitan. Kem diteruskan dengan penerangan tentang kedudukan makmun muafiq dan masbuq yang disampaikan oleh YM Syed Emran Faisal di surau. Murid-murid mengerjakan solat zohor berjemaah selepas itu semua bersurai.