Social Icons

Saturday 22 February 2014

Perasmian Minggu Bahasa Inggeris

16.02.2014,Ahad- Majlis bermula pada jam 8 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dipengerusikan oleh guru praktikum dari UNISZA iaitu Cik Nur Shamirah Bt Mazalan.Majlis telah mempersembahan beberapa persembahan menarik sepanjang majlis tersebut. Majlis dimulakan oleh persembahan gimik koboi yang mana 2 orang pelajar tahun 6 naik ke atas pentas dengan menunggang replika kuda sambil membawa 4 topi koboi. Keempat-empat topi diberikan ke Guru Besar dan kesemua Guru Penolong Kanan yang sedang berdiri diatas pentas.
Kemudian, guru besar dijemput pula untuk merasmikan 'English Board' yang terletak di laluan gajah menyusur. Majlis diakhiri oleh persembahan nyanyian (Action song) oleh murid tahun 3.
Antara aktivti yang akan berlangsung sepanjang minggu Bahasa Inggeris ini ialah "Blue, S Clues, Spell it right challenge, throw the dice, skgn's got talent.