Social Icons

Saturday 22 February 2014

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Inggeris

20.02.2014,Khamis - Majlis Penutupan Minggu Bahasa Inggeris bertempat di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Majlis dipengerusikan oleh Cik Nur Atikah binti Yusuf, Guru Praktikum dari IPG, Kampus Dato Razali Ismail telah memulakan majlis dengan acara persembahan nyanyian oleh murid tahun 4. Seterusnya persembahan tarian oleh kumpulan tarian sekolah.
Persembahan terakhir ialah The Cup Song yang dipersembahkan oleh murid tahun 6. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi pertandingan. Hadiah juga turut diberikan kepada 10 orang guru yang dapat menjawab soalan "CrossWord Puzzle".