Social Icons

Saturday 22 February 2014

Program Perjumpaan dan Motivasi Keibubapaan UPSR 2014

20.02.2014,Khamis- Program Perjumpaan dan Motivasi Keibubapaan UPSR 2014 telah berlangsung pada jam 10 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran ibubapa. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda,Guru Bimbingan dan Kaunseling SKGB. Seterusnya bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Majlis ini telah dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Tn.Hj.Dr.Hashim Azmi bin Nooh dan En.Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Majlis seterusnya ucapan dan pembentangan program kecemerlangan UPSR daripada Puan Hjh. Ramlah binti Mohammad Noor. Antara Program Kecemerlangan UPSR yang dibentangkan ialah:
  1. Perjumpaan ibubapa/penjaga
  2. Solat Hajat Letak Kerja UPSR
  3. Bacaan Yasin, Solat Hajat Pagi, Solat Dhuha
  4. Kelas tambahan petang
  5. Kelas Malam
  6. Bengkel/teknik menjawab soalan
  7. Motivasi diri
  8. Cuti terancang
  9. Kem Gerak Gembur UPSR
  10. Kem Elit/Kem Halus
  11. Klinik UPSR
  12. Kem Mata Pelajaran
  13. Hari Anugerah Galakan
  14. Solat Hajat Menjelang UPSR
Pada jam 11.30 pagi, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi kepada ibubapa dan murid oleh En.Mohd Tahar bin Sali. Seterusnya, ucapan ringkas daripada YDP PIBG SKGB iaitu Tn.Hj. Dr.Hashim Azmi bin Nooh. Majlis terakhir pada jam 1.00 Tengahari dan semua ibubapa yang ingin berjumpa dengan guru kelas masing-masing amat dialu-alukan.

Pendaftaran Ibubapa

Dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda

Murid-murid tahun 6

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal

Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar SKGB

Motivasi oleh: En.Mohd Tahar bin Sali

Ucapan oleh YDP PIBG, Dr. Hj.Hashim Azmi bin Nooh

Penghargaan kepada En.Mohd Tahar bin Sali

Pembahagian makanan kepada Ibubapa