Social Icons

Tuesday 4 February 2014

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN BILIK GERAKAN PEMIMPIN MUDA

Khamis,30 Januari 2014. Badan Disiplin dan Pengawas telah bergabung dengan Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan satu Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pemimpin Muda.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar SK Gong Badak. Bagi acara memotong riben Bilik Gerakan Pemimpin Muda telah dilaksanakan oleh En. Mohd Shafie bin Yusof, Penyelia Kanan Sekolah Rendah, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Antara objektif menubuhan bilik ini ialah:

1. Memberikan keselesaan kepada pengawas untuk berkumpul dan bermesyuarat.

2. Dapat mengeratkan hubungan antara pengawas dan penyelaras.

3. Memberi maklumat lengkap berhubung tugas-tugas sebagai seorang pengawas

di sekolah.


Diharapkan dengan adanya Bilik Gerakan Pemimpin Muda ini dapat mengurus dan memantau aktiviti pelaksanaan secara komprehensif agar sekolah dapat melahirkan murid yang berdisiplin.

Persembahan Pengawas SPBT

Perasmian oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor

Perasmian oleh En.Mohd Shafie bin Yusof

Perasmian Bilik Gerakan Pemimpin Muda

Add caption