Social Icons

Wednesday 26 February 2014

KURSUS KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KELAS BAGI TAHUN 2014

27 Februari 2014, Khamis- Jawatan Kuasa Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan kepada Ketua dan Penolong Kelas bagi tahun 2014. Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada ketua dan penolong kelas tahun 1 - 6.
Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, dimulakan dengan slot 1 iaitu Slot Cemarah tentang Tugas dan Tanggungjawab seorang ketua dan penolong kelas yang disampaikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan dan Kuanseling SKGB. Pada jam 10.00 pagi, peserta dibenarkan rehat sehingga 10.30 pagi.
Pada jam 10.30 pagi diteruskan dengan Slot yang kedua iaitu Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibantu oleh 6 orang Pembimbing Rakan Sebaya dari tahun 5.
Antara objektif kursus kepimpinan ini ialah:
  1. Membina sahsiah dan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong kelas.
  2. Mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran ketua dan penolong ketua kelas.
  3. Memberi suntikan semangat dan motivasi kepada kumpulan kumpulan sasaran supaya dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Kursus ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Semoga semua ketua dan penolong kelas dapat menjalankan tugas dengan baik selepas ini.

Pembimbing Rakan Sebaya turut membantu

Slot LDK"Telinga Berkarat"

Slot LDK "PUZZLE"

Slot 1: Ceramah Tugas dan Tanggungjawab

Disampaikan oleh Pn.Nor Ulfah binti Muda

Edaran Fail dan alat tulis