Social Icons

Tuesday 25 February 2014

Majlis Perpisahan Pn.Norsiah binti Abdullah

26 Februari 2014, Rabu- Pihak sekolah telah magadakan Majlis Perpisahan kepada Puan Norsiah binti Abdullah yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pagar Besi mulai minggu hadapan.
Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Ustaz Mohd Ali bin Ngah. Seterusnya ucapan oleh Ketua Murid iaitu Adik Muhammad Akashah.
Seterusnya, majlis menjemput Puan Hjh.Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk menyampaikan ucapan sempena perpisahan Puan Norsiah.
Majlis turut menjemput Pn.Norsiah binti Abdullah bagi menyampaikan ucapan yang terakhir kepada guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak sebelum melangkah ke sekolah baru beliau.
Beliau berpesan kepada semua murid agar tidak meninggalkan solat kerana solat adalah tiang agama.
Semoga Puan Norsiah dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau di sana nanti.

Ucapan guru besar

Ucapan Ketua Murid

Ucapan Pn.Norsiah binti Abdullah


Sesi bersalaman dengan murid

Sesi bersalaman dengan guru