Social Icons

Sunday 31 August 2014

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014

28 Ogos 2014,Khamis- Jawatankuasa Agama Islam dan Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Solat Hajat Perdana UPSR bagi tahun 2014 yang bertempat di Surau Ar Rahman, Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Iman jemputan yang telah mengetuai Solat Hajat Perdana UPSR 2014 dari Masjid Unisza.
Program ini telah bermula pada jam 7.00 malam dengan kehadiran ibubapa dan penjaga. Solat Maghrib telah diadakan secara berjemaah dan ucapan alu-aluan oleh En.Md Nasir bin Embong, Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Sambutan kehadiran ibubapa dan penjaga amat memberangsangkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Solat Hajat Perdana ini.