Social Icons

Monday 18 August 2014

PERTANDINGAN KOIR PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

14 Ogos 2014,Khamis- Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Koir Program Pendidikan Daerah Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu.
Pertandingan ini te;lah disertai oleh 25 orang murid pra sekolah dari Kelas Pra Al-Farabi dan Pra Al-Ghazali. 3 orang guru telah mengiringi peserta.
Murid-murid Pra ini telah membuat persembahan Koir dengan lagunya Negeri Bersih Rakyat Sihat dan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah pun mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru pra sekolah dan juga murid-murid pra sekolah yang telah menyertai pertandingan tersebut.

Peserta Koir

Peserta bersama dengan guru pengiring

Sesi latihan persembahan Koir