Social Icons

Sunday 31 August 2014

PROGRAM MOTIVASI SMARTSTUDY PECUTAN AKHIR MURID TAHUN 6

28 Ogog 2014, Khamis- Unit Jawatankuasa Bimbingan dan Kuanseling serta Unit Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Program Motivasi SmartStudy Pecutan Akhir bagi semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu seramai 135 orang. Program ini telah disampaikan oleh Tuan Osman Affan, Pakar Motivasi SmartStudy consultant.
Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di dewan sekolah. Beberapa slot telah disampaikan oleh Tuan Osman Affan antaranya ialah Kemahiran Belajar, Kemahiran Berkomunikasi dan sebagainya.

Antara objektif program ini diadakan ialah:
1. Memahami kepentingan mempunyai minda dan hati yang tenang menjelang peperiksaan.
2. Menguasai beberapa teknik belajar saat akhir seperti teknik untuk mudah ingat apa yang dipelajari dan teknik menguruskan masa menjelang peperiksaan.
3. Mengenalpasti beberapa persediaan fizikal dan mental yang perlu dilakukan menjelang peperiksaan agar tekanan perasaan dapat diminamakan.

Program ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang positif kepada semua murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9,10 dan 11 September 2014.

Tuan Osman Affan,Pakar Motivasi

Murid tahun 6sedang mengikuti Program Motivasi

Sesi aktiviti sedang dijalankan


Calon UPSR 2014

Penyampaian cenderamata kepada Tuan Osman Affan

Solat Zohor berjemaah

Bersama pentadbir dan AJK program