Social Icons

Sunday 10 August 2014

KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6

9 Ogos 2014, Sabtu- Jawatankuasa UPSR dan Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kem Motivasi kepada murid-murid tahun 6 SK Gong Badak.
Seramai 64 orang murid yang mengikuti kem tersebut. Kem tersebut telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang.
Kem tersebut dimulakan dengan motivasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Rizal dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.
Seterusnya, kem tersebut diikuti dengan Kem Mata pelajaran  di kelas masing-masing.
Antara matlamat Kem tersebut ialah memberi semangat dan pecutan yang terakhir kepada calon-calon UPSR dan senantiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Kem tersebut berjalan dengan lancar dan murid-murid tahun 6 memberi sepenuh perhatian dan kerjasama yang cukup baik.



Penceramah oleh Ustaz Ahmad Rizal



Sesi bersalaman dengan guru


Murid-murid perempuan

Murid-Murid lelaki


Murid sedang mendengar motivasi