Social Icons

Tuesday 26 August 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

25 Ogos 2014, Ahad. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Tema Bulan Kemerdekaan tahun ini ialah "Disini lahirnya sebuah cinta". Antara program yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna bagi Pra Sekolah dan Tahap 1.
Antara objektifnya ialah:
1) Memupuk semangat patriotik di kalangan murid
2) Memeriahkan lagi Bulan Kemerdekaan
3) Melahirkan individu yang berjiwa cintakan kepada negara

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, jalur gemilang dikibarkan di kawasan sekolah dan di dalam bilik darjah.
Selamat Menyambut Bulan Kemredekaan kali ke 57.

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Murid sedang mewarna gambar sempena kemerdekaan

Aktiviti membuat Kolaj Jalur Gemilang oleh Murid Pra Al-Farabi 

Murid Pra Al-Ghazali