Social Icons

Monday 18 August 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK 2014

13 Ogos 2014, Rabu- Jawatankuasa Perayaan Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Badak bagi tahun 2014. Majlis ini telah bermula pada jam 10.00 pagi di dewan sekolah dengan ucapan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya sehingga jam 11.00 pagi. Pada jam 11.00 pagi, majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan oleh murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6.
Antara objektif majlis ini diadakan ialah:
1. Meraikan sambutan hari raya dengan penuh kemeriahan
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid

Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Semua murid SKGB

Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor

Jamuan Murid

Jamuan Guru

Persembahan Murid

Puan Guru Besar bersama murid-murid

Murid-murid tengah menikmati kuih raya