Social Icons

Sunday 3 August 2014

MAJLIS BERSALAMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

24 Julai 2014, Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Bersalaman Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis dimulakan dengan Ceramah Adab Menziarahi Semasa Hari Raya oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah.
Penyampaian pakaian raya kepada anak-anak yatim seramai 24 orang.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis berakhir dengan acara bersalaman-salam antara guru-guru dan murid-murid.
Pihak Sekolah Kebangsaan Gong Badak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah

Penyampaian pakaian raya kepada anak-anak yatim

 24 orang anak-anak yatim  yang mendapat bantuan pakaian raya

Ucapan Guru Besar

Bersalam-salaman antara guru dan murid