Social Icons

Monday 11 August 2014

MAJLIS TAUTAN KASIH IDUL FITRI PENDIDIKAN KHAS 2014

11 Ogos 2014, Isnin- Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Majlis Tatutan Kasih Idul Fitri Pendidikan Khas bagi tahun 2014. Majlis ini telah merupakan salah satu program yang telah dirancang bagi memupuk semangat muhibah serta menanam betapa pentingnya ilmu pembelanjaran kepada murid-murid.
Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Zakiah binti Jusoh dan bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibubapa. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Ismail bin Ibrahim. Ucapan alu-aluan oleh Encik Md Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Kurikulum. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En Asohan bin Embong, Penyelia Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Majlis juga diserikan oleh persembahan murid-murid Pendidikan Khas Integrasi dengan lagu "Seloka Hari Raya dan "Suasana di Hari Raya".
Majlis berakhir dengan jamuan raya pada jam 12.00 tengahari.


Ibubapa yang turut hadir

Persembahan dari Murid PKI

Jemputan Khas En.Asohan bin Embong